Monday, September 7, 2020

LAPORAN PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT PERINGKAT SEKOLAH

 

Rajah 1 Menggambarkan Suasana Sambutan Kemerdekaan yang diadakan di tapak perhimpunan


Bersempena dengan perayaan bulan kemerdekaan ke-63 tahun, Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada 4 September 2020 yang diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari iaitu murid pra sekolah hingga murid tahun 6. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanah air, membina jati diri serta menanam rasa bangga terhadap kemajuan dan kejayaan yang telah di kecapi oleh negara. Ini adalah sebagai satu usaha mendidik generasi muda masa kini menghargai sejarah kemerdekaan dan keringat para pejuang terdahulu.

 



Rajah 2 Memaparkan wajah-wajah guru yang ceria menyambut kemeriahan Pelancaran Hari Kemerdekaan bersama murid-murid

 

Majlis ini ditambah menarik dengan kedatangan Encik Senan bin Johari dari Kem Wawasan Negara Tg Rhu, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang telah menyumbangkan sebanyak 250 bendera tandan serta 50 bendera 2x4 kepada Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat.



 

Memandangkan golongan inilah yang bakal menjadi tonggak negara pada masa depan, maka wajarlah usaha ini ditujukan khusus untuk mereka. Di tangan merekalah letaknya hala tuju negara pada masa  akan datang. Justeru, mereka harus mempunyai semangat patriotik dan jati diri yang tinggi demi mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.


Rajah 3 Penyerahan Saguhati kepada Encik Senan bin Johari.

Walaupun hujan tiba-tiba turun, majlis dapat dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan. Semua guru dan pentadbir melibatkan diri dan bekerjasama melancarkan majlis bersama-sama murid.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid-murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SK Tanjung Sepat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pada tahun ini akan berasaskan normal baharu yang telah digariskan oleh pihak KPM dan KKM berikutan pandemik Covid-19 yang menular ke seluruh dunia.


Rajah 4 Barisan guru-guru yang memeriahkan majlis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

 

 

................................................

(Puan Noor Afifah binti Azizan)

Guru Pusat Sumber & Media

SK Tanjung Sepat

Disahkan oleh :

 

 

…………………………

(Tuan Haji Rahmat bin Musman)

Guru Besar

SK Tanjung Sepat.

 

 





Ramadan