Showing posts with label PUSAT SUMBER SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label PUSAT SUMBER SEKOLAH. Show all posts

Sunday, March 29, 2020

FAIL PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.    FAIL PENGURUSAN PSS

A.1 STRUKTUR ORGANISASI PSS              
1.1          Organisasi PSS (Induk, Kerja dan Pengawas PSS, NILAM)              
1.2          Senarai tugas JK PSS dan NILAM               
1.3          Rancangan Tahunan yang lengkap
               
A.2 D OKUMEN DAN REKOD PSS              
2.1          Fail Kuasa           
2.2          Fail Meja/ My Portfolio Fail Pengurusan PSS

A.4 J ADUAL WAKTU     
4.1          Jadual waktu penggunaan PSS dan bilik-bilik Rangkaian Berinformasi Sekolah (RBS)         
4.2          Jadual waktu guru bertugas, jadual pengawas pusat sumber      

A.5 K EWANGAN PSS    
5.1          Mengoptimumkan penggunaan Geran Perkapita (PCG)  untuk pembangunan koleksi bahan di PSS
               
D.9 S UMBER KEWANGAN          
9.1          Program  dana sumber kewangan  dalam tempoh 3 hingga 5 tahun         
B.1         PSS ABAD KE-21
1.1          Bilik Darjah         
1.2          Perpustakaan   
1.3          Bilik Media/ Bilik Tayangan          
1.4          Bilik SAL               
1.5          Makmal Komputer         
1.6          Lain-lain Bilik Khas           
  
B.2  RUANG BERTEMA
2.1          Ruang Akses Kendiri      
2.2          Ruang Karya Besar & Agung       
2.3          Ruang Rujukan 
2.4          Ruang Pameran Bertema            
2.5          Ruang Pembacaan          
2.6          Ruang Interaktif (Sudut Pengucapan Awam)
               
B.3 K EMUDAHAN TAMBAHAN
3.1          Pondok Ilmu/ Laluan Ilmu/ Sudut Ilmu  
3.2          Sudut Sejarah Sekolah/ Arkib Sekolah/ Galeri    
3.3          Taman Sumber

B.4 K ECERIAAN PSS
4.1          Keceriaan Dalaman dan Luaran PSS Berkonsepkan Minimalist
               
E.1 CIR I KEISTIMEWAAN
1.1          Koleksi Setempat (Local Collection)        
1.2          Inovasi 
1.3          Kejayaan Sekolah (Ko-Akademik/ Ko-Kurikulum/ Hal Ehwal Murid)         
1.4          Kebitaraan Sekolah ( Niche Area )           
1.5          Hubungan Jaringan/ Hubungan Jalinan (Institusi Pendidikan, dalam/ luar negara)             




2.FAIL AKTIVITI
C.2 PENILAIAN BAHAN DAN PERALATAN
1.2          Pinjaman murid ( > 70% enrolmen )
1.3          Pinjaman guru ( > 50% enrolmen )

D.1 NI LAM
1.1          Semua murid terlibat dalam Program NILAM (Data tahun sebelum)
1.2          1 Bintang (pencapaian sekolah 30 % )
1.3          2 Bintang (pencapaian sekolah 25 % )
1.4          3 Bintang (pencapaian sekolah 20 % )
1.5          4 Bintang (pencapaian sekolah 15 % )
1.6          5 Bintang (pencapaian sekolah 10 % )
1.7          Analisis bacaan kelas dan keseluruhan program NILAM
1.8          Usaha yang dilaksanakan untuk mencapai 4 dan 5 Bintang

D.2 P ENGIKTIRAFAN NILAM
2.1          Promosi program NILAM (3 jenis bahan promosi)
2.2          Taklimat/ kempen NILAM
2.3          Majlis pengiktirafan NILAM ( Murid, Guru )
2.4          Pengiktirafan peringkat Daerah/ Negeri. Kebangsaan
2.5          Lain-lain pengiktirafan (selain NILAM)
(Lencana / Plak / Piala / Butang Lencana/ Anugerah/ Sijil)

D.3 G ALAKAN MEMBACA
3.1          Program galakan membaca murid/ aktiviti pengayaan selepas pembacaan (3  program )
3.2          Program galakan membaca guru/ pengayaan selepas pembacaan (3 program)

D.4 LITERASI MAKLUMAT
4.1          Merancang program Literasi Maklumat secara komprehensif     
4.2          Promosi bahan-bahan berkaitan program Literasi Maklumat (3 jenis bahan).      
4.3          Literasi maklumat dalam PdP     
4.4          Guru Perpustakaan dan Media mengajar Literasi Maklumat pada waktu relief   
4.5          Jadual Khas untuk mengajar Literasi Maklumat ( GPM ).

D.5 P ROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
5.1          Aktiviti KBAT (kemahiran perpustakaan, kemahiran belajar, kemahiran komunikasi, kemahiran teknologi dan komunikasi)      

D.6 P AMERAN, PROMOSI (PUBLISITI) KAJIAN DAN AKTIVITI GALAK GUNA PSS
6.1          Pameran bertema di PSS             
6.2          Program orientasi PSS   
6.3          Promosi penggunaan PSS melalui portal/ blog sekolah/ PSS (ada URL; kemaskini)             
6.4          Galak guna PSS
6.5          Kajian berkaitan PSS (kajian sekolah)     

D.7 L AWATAN SAMBIL BELAJAR
7.1          Lawatan sambil belajar/ jejak maklumat ( murid )            
7.2          Mengikuti kursus, bengkel, latihan berkaitan PSS (GPM/ Guru PSS)        
7.3          Memberi kursus, ceramah, bengkel dan juga program perkongsian ilmu/ pengalaman dengan pelawat yang datang melawat PSS      
D.8 PENGLIBATAN WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI/ NGO
8.1          Penglibatan komuniti luar pengelolaan PSS         
8.2          Lain-lain Inisiatif (Kelab TV PSS/ Kelab Dr. Muda/ Kelab Hafalan Quran)  

E.2 CI RI KEISTIMEWAAN
2.1          Peningkatan peratusan pinjaman bahan di PSS oleh murid berbanding tahun sebelum (tidak terlibat bagi tahun semasa).
2.2          Peningkatan peratusan murid yang membuat pinjaman di PSS berbanding tahun sebelum (tidak terlibat bagi tahun semasa).
2.3          Peningkatan peratusan pinjaman bahan di PSS oleh guru berbanding tahun sebelum (tidak terlibat bagi tahun semasa) 
2.4          Peningkatan peratusan guru yang membuat pinjaman bahan di PSS berbanding tahun sebelum (tidak terlibat bagi tahun semasa).      
2.5          Peningkatan peratusan penglibatan murid dalam Program NILAM berbanding tahun sebelum (tidak terlibat bagi tahun 2019).            
2.6          Peningkatan peratusan pencapaian akademik murid dalam peperiksaan UPSR/ PMR/ SPM/ (tidak terlibat bagi tahun semasa)        

 A.2 FAIL DAN REKOD PSS
2.2          Rekod pinjaman buku dan bukan buku 
2.3          Rekod pelupusan / hapus kira   
2.4          Semakan Stok Perolehan Buku 

A.3 P ENGELOLAAN KOLEKSI
3.1          Proses Teknik (carta alir)              
3.2          Sistem Katalog Berpusat (Senarai Koleksi)           
3.3          Pengkelasan bahan cetak & bukan cetak              
3.4          Pengindeksan/ Senarai/ Bibliografi/ Bahan
               
C.1 PE NILAIAN BAHAN DAN PERALATAN
1.1          Monograf
1.4          Ensiklopedia, Kamus, Almanak, Atlas     
1.5          Akhbar (Akhbar Digital) / Majalah
1.6          Buku Laporan/ Majalah Sekolah               
1.7          Bahan PdP (Kad Bergambar / Kit, Carta , Kartografi (Peta)            

3.BUKU STOK


C.2 BAHAN BUKAN CETAK
2.1          Koleksi Bahan Audio      
2.2          Koleksi Bahan 3 Dimensi (Model, Glob, Diorama dll.)      
2.3          Permainan Dalaman (Catur, dam, congkak, Sahibba dll.)
2.4          Perisian Kursus – Courseware (CDRI)     
2.5          Portal / Laman Web/ Blog Sekolah (berinformasi / Pautan ke Laman Web Pendidikan Lain, Kemaskini).  
2.6          Bahan Digital PdP (e-book / imejan / powerpoint dll.)    

C.3 P ERALATAN ELEKTRONIK
3.1          Projektor LCD / Visualiser / OHP / Interactive whiteboard            
3.2          Komputer / Komputer riba / dll


Wednesday, February 12, 2020

PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Apakah itu Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Apakah dasar Pusat Sumber Sekolah?
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Apakah objektif Pusat Sumber Sekolah?
• Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
• Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
• Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
• Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

4. Apakah peranan Pusat Sumber Sekolah?
• Pusat Ilmu
• Pusat Penemuan
• Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
• Pusat Pengajaran
• Pusat Profesional
• Pusat Hubungan Masyarakat
5. Apakah fungsi Pusat Sumber Sekolah?
• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

6. Apakah halatuju pusat Sumber Sekolah di Malaysia?
Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
• The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000)
• The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)
Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.
7. Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah?
• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
• Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru
• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
• Pusat Akses Kendiri
• Sudut Bercerita / Aktiviti
• Sudut / Bilik Perbincangan
• Bilik Rakaman
• Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
• Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.
8. Apakah program utama Pusat Sumber Sekolah?
Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolah bertarikh 27 Disember 1983
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988 bertarikh 20 Januari 1988
c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998
d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertarikh 20 April 2000
e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri bertarikh 19 November 2001
f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005

1. Program Galakan Membaca
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
2. Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Pentafsiran maklumat
• Penghasilan produk yang berkualiti
• Pembelajaran kendiri
• Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj
• Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Kemahiran belajar secara kendiri
• Kemahiran bekerjasama
• Kemahiran merancang
• Kemahiran mencari dan mengumpul
• Kemahiran memilih dan mentafsir
• Kemahiran menyusun dan merekod
• Kemahiran komunikasi
• Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
• modular
• integrasi / merentas kurikulum

9. Bagaimanakah merancang kewangan di Pusat Sumber Sekolah?
Pengetua / Guru Besar perlu memaklumkan jumlah PCG dan Yuran Khas Sekolah yang diterima bagi tahun semasa kepada GPM bagi membolehkannya merancang aktiviti tahunan yang dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah.
Rancangan belanjawan perlu dirancang secara teliti berdasarkan rancangan pembangunan jangka panjang dan rancangan tahunan PSS. Laporan kewangan tahunan mestilah mengambarkan penggunaan kewangan PSS dan pencapaian objektif.
Rancangan belanjawan perlu merangkumi komponen-komponen berikut:
• Jumlah kewangan tertentu untuk sumber baru (contoh: buku, majalah dan bahan bukan bercetak); sejumlah kewangan untuk bahan promosi (contoh: poster)
• Jumlah kewangan tertentu untuk alat tulis dan bahan pentadbiran
• Jumlah kewangan tertentu untuk aktiviti galak guna dan promosi
• Kos untuk kegunaan dan penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
10. Apakah sumber kewangan Pusat Sumber Sekolah?
Sumber kewangan Pusat Sumber Sekolah terdiri daripada:
• Geran Bantuan Per kapita (PCG)
• Yuran Khas Sekolah
• Sumbangan PIBG
Geran Bantuan Per Kapita (PCG)
a. Geran Bantuan Per Kapita (PCG) PSS bagi sekolah rendah dan sekolah menengah ditetapkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Panduan dan tatacara perbelanjaan PCG hendaklah merujuk kepada :
• Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 – Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid bertarikh 24 Disember 2010
• Surat Pemberitahuan Ralat SPK Bilangan 8 Tahun 2010 bertarikh 17 Januari 2011
ATAU
• Pekeliling Kewangan yang sedang berkuat kuasa

b. Kadar PCG meliputi perbelanjaan bagi PSS seperti berikut:
• Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
• Pembelian buku, perisian dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran
• Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
• Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
• Program Pendidikan Khas Integrasi – Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi
• Perolehan / pembelian Harta Modal adalah dibenarkan dengan menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran
c. Peruntukan PCG bagi tahun semasa perlu dibelanjakan secara optimum

Yuran Khas Sekolah
Yuran Khas Sekolah ialah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah. Sekolah rendah menerima RM 4.50 bagi setiap murid manakala sekolah menengah menerima RM 9.00 bagi setiap murid. Peruntukan ini digunakan untuk program dan aktiviti PSS, pendidikan jasmani dan pendidikan seni. Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.3/2008: Peruntukan Yuran Khas Sekolah bertarikh 7 Januari 2008.

Sumbangan PIBG
PSS boleh memohon sumbangan daripada PIBG bagi membangun dan meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS.
11. Bagaimanakah menilai keberkesanan Pusat Sumber Sekolah?

Petunjuk prestasi ialah alat pengukuran yang digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi.
Petunjuk prestasi yang boleh digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi PSS adalah seperti berikut:
Petunjuk penggunaan
• Pinjaman oleh setiap warga sekolah
• Jumlah pengunjung
• Pinjaman setiap bahan (contoh: pertukaran bahan)
• Pinjaman setiap waktu operasi (contoh : semasa dan selepas waktu sekolah)
• Pertanyaan rujukan oleh warga sekolah
• Penggunaan bilik dan peralatan
Petunjuk sumber
• Nisbah koleksi buku untuk setiap murid
• Nisbah komputer bagi setiap murid
Petunjuk kualitatif
• Aduan dan maklum balas pelanggan
• Keceriaan
• Ciri-ciri Keselamatan
Petunjuk kos
• Kos bagi melaksanakan program dan aktiviti PSS
• Kos bagi perolehan bahan daripada jumlah PCG
• Kos bagi promosi PSS
• Kos untuk pembelian hadiah galakan membaca
• Kos untuk pembangunan PSS
• Kos untuk keceriaan PSS

Petunjuk perbandingan
• Perbandingan data penarafan PSS antara sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru
• Perbandingan jumlah penggunaan PSS dan pinjaman bahan antara PSS Sekolah A dan Sekolah B


Ramadan